Saturday, September 22, 2007

pekik ogos

bertahun-tahun
anak-anak kecil di bumi bertuah ini
diajar supaya memekik
terlolong sampai tergeliat lidah

laung;
merdeka tiga kali
merdeka tujuh kali

ini semua
malapetaka
diwarisi daripada si tua-tua bebal lagi sebu beku
yang berkuasa ke atas walau apa pun jua
waima
jika mereka mahu meliwat dan membunuh
sejarah
tiada seorang pun boleh berkata apa

merdeka menangis
merdeka kini cuma dihujung lidah
tak sampai ke hati
mati berendam air liur
anak-anak kecil yang mati akal

-bangsar- 21 september 2007

Friday, September 14, 2007

ritual malam satu

(dihurung hanyir pantai)

di bawah rentes hujan malam itu
geli-geleman naluri diselubung
seram sejuk

ketakutan menyapa
bila dalam
bilik luas

-menyesakkan-
bau hanyir pantai mengasak rongga hidung

pada laut diseru
pulangkanlah nyawa-nyawa

(nanti sambung)

(sambungan)
yang pernah kau
ragut
atas nama tuhan mu

seru semangat yang pernah hilang
datang temani... berteman
selubung jiwa dikala
aku terbius dengan noda
dan
hempas ombak

aku dengar ratap jerit hantu syaitan
bergomol dengan nafsu
berselirat
rasa hati berkecamuk
kosong

aku mahu terjun ke perut laut
malam ini
akankah nanti
difahami desah rengekkan
telanjang dan erang
pentas anak ombak
gelap dalam sejuk
agar berjumpa dengan jawapan yang
selama ini di cari

semangat laut
renggutlah aku
bawalah aku hilang
sama seperti nyawa-nyawa
yang dulu

namun
janganlah miliki aku
bawaku ke sana
itu saja
biarkan berselingkuh dengan keangkuhan manusia

khayal sekarang
dan semangat-semangat mu
mendengar rintih halus itu

aku berhenti menulis
bilamana hujan turut berhenti
tujukkan aku
jalan ke sana

bilik 3501, hyatt regency, kuantan.
3 september 2007 - 10.30pm -

Tuesday, September 11, 2007

dua balik

tuhan
tidak memberikan
kesenangan untuk kita
senang

tetapi
kesenangan itu
adalah untuk
kita
menyenangkan orang lain

bangsar utama
11 september 2007
10.40pm