Wednesday, March 5, 2008

tinta khianat

syaitan... cukup!
aku muak untuk lemas dalam godaan
aku penat mencari erti berdamping
dengan hati yang makin gelap
sampai terhantuk ego legap

aku sudah merasa sendiri
janji kau yang molek-molek
mengajak untuk berkhianat pada diri sendiri
mengajar untuk aku merasa lelah yang panjang

aku mahu kembali menjadi manusia
yang hilang topeng alas
dengan membuang kau jauh-jauh

bayang kau - kalau mahu - biar saja
dipinggiran jasad ini
tapi aku ingkar mahu menurut kata-kata yang akan kau bisikkan lagi
pada telinga

aku pernah merasa dulu
dan kini aku tak mahu lagi
aku lelah
aku mahu kembali kepada
fitrahnya seorang hamba

selamat tinggal
syaitan - yang bertenggek di cuping telinga

5 mac 2008, bangsar.