Wednesday, July 23, 2008

Lihat!

lihat!
apa yang sedang mereka lakukan?

berdosa tak apa
kerena mereka sedang berperang dengan manusia
mana hukum yang mahu dijulang?
mana suara yang mahu dieram?

bukan kita yang mereka peduli
apa tercegat lagi, kawan?
randuk ombak-ombak kecil ini dengan girang
kerana ombak besar akan menghempas
dan kita hanya ada dua pilihan
mati lemas atau berenang dalam lambungan tinggi

waktu itu wang tak lagi dapat membeli pelampung
ia tenggelam sama, basah sama
yang ada hanya kita

23 julai 2008

tersadai

aku selimutkan rasa kecewa
di bawah sehelai kain buruk lusuh
pada sidaian hati kontang
yang selalu resah
pada warna-warna baru yang muncul
tiap-tiap hari


sekurang-kurangnya aku damai untuk beberapa ketika
sementara

23 julai 2008, coe-bangsar.

Monday, July 7, 2008

ruwet Kusut

ada waktunya kita akan dipaksa
untuk berdepan dengan
kegelojohan dan ketololan
manusia

dalam lingkar ruang yang rumit
pantas untuk tidak mudah difahami
dan kita ditinggal terkapai-kapai
dinafikan semua
yang sepatutnya kita juga
ada keperluan untuk mengetahui

kata cinta pada mereka
tak lagi wujud
rakus, lekas menghalalkan saja semua

jangan bicara soal kasih sesama manusia dengan mereka
kerana mereka tak akan faham
mereka telah jadi kerak yang hangit dan terus bebal angkuh

dalam kalut paling getir
mereka menjual Tuhan
mereka membeli agama dengan pena dan suara dalam televisyen
untuk imajinasi ralat
seperti tiada apa yang tak kena

Tuhan duduk disamping mereka katanya
bukan lagi seperti hukum yang termaktub bahawa;
Tuhan duduk di atas kita semua

klaim suci sudah jadi semacam parit dilorong-lorong belakang
hanyir
tapi pada mereka
semua itu halal
dan kita adalah haram!

6 julai 2008