semalam
ada suara memanggil dari balik tembok tebal
bertanyakan khabar anak isteri
bertanyakan hal orang kampung
rintih suara itu makin sayu
diiring sedu sedan serak
memori yang tak mungkin nanti akan luput
dari saraf otak
yang
tertanggung menahan beban emosi
ciptaan manusia lain
melaungkan cogan pembela bangsa dan tanah air
29 november 2007
bangsar
Thursday, November 29, 2007
ulang percaya
kenapa kau percaya?
jangan diulang kebebalan
- dan -
kebodohan yang dulu
kau
sepatutnya sedar
cabaran apa yang kau depani
siapkan diri untuk terus terajang saja
dengan kudrat berani mati
ini bukan zaman mencarut utopia berangan ketat
ini zaman realis
pijak tanah merah kaki kotor
benam lumpur kaki terpalit
cabar diri kau yang suka bersenang-lenang
jerat fahaman kau, gugat rangka fikir lama
sanggah stereotaip orang lama yang hanya mahu kau tunduk
tak kan untuk tiga genarasi lagi kau mahu melutut
disuap paksa
ditelan mentah semua
dari kuasa atas yang kukuh kerana tidak digegar?
Asah fikir yang baru
buka mata helang - telanjangkan semua didepan
biar nanti jelas dan tak dipersoal
bangunan lama usang
roboh saja
bina konkrit baru yang lebih teguh dan perkasa
orak ilmu biar kembang dada
lembik
bangsa yang pernah dijajah
3.41am - 29 november 2007

Subscribe to:
Posts (Atom)