Thursday, April 3, 2008

panadda

di Bangkok waktu itu
ada hati yang terpaut
tak penting siapa mereka
tapi apa yang patut diambil kira
ialah apa kamu – siapa kamu juga tak penting

secebis hati yang tak ada rasa – kebas dan kejang dan tawar
dipotong dan ditambat pada raut wajah kamu Panadda
getar suara ini pula hanya terbenam dalam halkum
yang teruk diperangkap oleh debu-debu kasar kota kamu

mata tak pernah silau oleh mentari panas dari pantulan cermin bangunan-bangunan pencakar langit moden dari Jalan Rama IV
kerana bayangan wajah kamu sentiasa berada dibalik kaca mata hitam yang menyejukkan
tiada bingit kenderaan yang membikin marah
kerana lembut suara kamu dalam loghat yang kadang kala tak terfahamkan selalu bersiul di cuping telinga… memujuk kalbu agar selalu tenang
ayat-ayat itu juga mengulit jantung ini yang selalu datar dan menyuntik dos-dos rasa listrik yang aneh

tangan yang kamu hulur
sentiasa bersambut
dan disidai kehalusan tangan itu dipinggir hempedu hati
agar nanti ia jadi manis… semanis senyum pada bibir pucat kamu yang tetap menawan pada pagi-pagi yang cepat hangat

dan
di hari akhir sebelum aku pulang
aku ratap mata kamu yang redup
aku rasa - seperti ada yang mahu kamu ungkapkan

satu foto dari jari-jari aku yang bergetar
sebagai penutup kisah itu… dan itu saja
tak tahu bila mata kita akan saling menatap berdepan lagi
dalam waktu yang betul singkat itu juga
di luar Sukhothai
ada suara yang berkata
kamu seperti menyimpan reaksi intim
mahu membenarkan bibir merah kamu bertautan dengan bibir kering ini – bercumbuan
tapi fahamlah, aku tak mampu…

dan aku tinggalkan kamu di sana
diiring surat-surat maya yang menghurung rasa aku selebihnya dihari-hari kemudian – satu setiap hari
dan ia sentiasa tidak bersendirian… ada jawapan balas dari kamu

harap begini saja sampai bila-bila
ya… cik epal rose?
berserah saja
aku kirimkan foto kamu itu dan kamu katakan
muka kamu semacam besar dari biasa
kerana mungkin terlebih tidur pada malam sebelumnya

Bangkok – Kuala Lumpur
27 mac – 2 april 2008

3 comments:

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Toner, I hope you enjoy. The address is http://toner-brasil.blogspot.com. A hug.

Anonymous said...

rasanya semakin ramai suka berpuisi di blog semakin popular. maaf yeah, letak sebagai anonymouse. ada masa saya datang lagi. bolehkah?

Jelir said...

Silakan cik ano... tak jadi dosa untuk singgah di mana2 pun...