Monday, July 7, 2008

ruwet Kusut

ada waktunya kita akan dipaksa
untuk berdepan dengan
kegelojohan dan ketololan
manusia

dalam lingkar ruang yang rumit
pantas untuk tidak mudah difahami
dan kita ditinggal terkapai-kapai
dinafikan semua
yang sepatutnya kita juga
ada keperluan untuk mengetahui

kata cinta pada mereka
tak lagi wujud
rakus, lekas menghalalkan saja semua

jangan bicara soal kasih sesama manusia dengan mereka
kerana mereka tak akan faham
mereka telah jadi kerak yang hangit dan terus bebal angkuh

dalam kalut paling getir
mereka menjual Tuhan
mereka membeli agama dengan pena dan suara dalam televisyen
untuk imajinasi ralat
seperti tiada apa yang tak kena

Tuhan duduk disamping mereka katanya
bukan lagi seperti hukum yang termaktub bahawa;
Tuhan duduk di atas kita semua

klaim suci sudah jadi semacam parit dilorong-lorong belakang
hanyir
tapi pada mereka
semua itu halal
dan kita adalah haram!

6 julai 2008

No comments: