Thursday, June 18, 2009

pengakhiran mimpi

sepuluh tahun aku merebut mimpi
melawan katakutan
memangkas rasa tak yakin
demi untuk aku berdiri menggenggam apa yang pernah aku percaya

'orang-orang yang berjaya menemui jalan adalah orang-orang yang berani untuk membayangkan sesuatu itu terjadi,'

masa tak pernah lalai
tetapi keengganan untuk memahami proklamasi kesungguhan
nampak seperti membayar harga yang cukup mahal

sepuluh tahun tersungkur
aku kutip dan bungkus dalam kain bersih
memanjakan setiap satu perasaan yang lahir
hanya kerana aku sudah tidak percaya

mimpi agaknya masih indah
kerana dunia masih belum mahu memutuskan
perhubungan dengan kita
rentang masa yang terburai bersepah dengan
angan-angan dulu memang tak akan bangun semula
untuk menuntut keperluannya - kerana ia tidak berhutang apa-apa

getar mungkin tak didengari lagi
gelombang mungkin makin lemah dan memadam
tetapi ada satu getus yang akan melahirkan
antara nada sumbang yang tak mahu diketahui orang
yang gejolaknya akan keluar dari corong yang
kotor

mimpi aku adalah kepercayaan aku (dulu)
dan kini, mimpi masih menyedut tenaga yang melemaskan nafsu
hari ini, aku bersedia untuk membunuh kepercayaan itu
untuk menjadikan aku tak percaya lagi dengan
mimpi sepuluh tahun lamanya itu.

membungkam bunyi-bunyian menukar mimpi itu jadi bisu


bangsar
18 jun 2008

No comments: