Wednesday, August 15, 2007

persatuan wanita anti-lelaki curang

"ini dialog"

kau
kalau dah kahwin
jangan nak menggatal
dengan perempuan lain

kalau
aku nampak kau
dengan perempuan lain
walau cuma
duduk di kafe
aku akan
telifon isteri kau
dan bagi tahu dia
yang kau sedang bercanda
dengan janda anak dua
sambil
gelak mengekek

aku buat macam ini
sebab umur aku
dah jengah angka 36
dan aku tak laku
tak siapa nak kahwin aku
lagi
kau tahu!

semua ini sebab
lelaki-lelaki macam kau
sial

*****
eh, bukan kau tak kahwin
sebab kau sendiri ke?
dah lah tak lawa
perangai mengalahkan binatang binawe
tak sayang mulut
celupar
sebar fitnah

siapa yang nak
dengan perempuan macam kau?
bahlol!

sebab itu kau aktif dalam persatuan yang kau panggil
'persatuan wanita anti-lelaki curang'

-3.29pm, NSTP Bangsar - 15 Ogos 2007

No comments: