Wednesday, August 1, 2007

serpih hiris

kekaseh
- atau -
bakal-bakal kekaseh

nanti
kalau kau ingin pergi
selamanya
- terus lari dari ku -

ambil dulu
bilah pisau
hiris hatiku
biar lengis
dan
kalau kau mahu
cincang sampai lumat

kerana

bila kau tak lagi disisi
aku tak perlukan hati lagi
aku tak mahu ada hati lagi
kerana hati aku itu
hanya ada pada kau

- kekaseh-kekaseh -

renggutlah ia
campaklah ia
henyaklah ia

buat apa yang kau suka
aku tak kesah
dan
aku tak marah

- bangsar utama 22 julai 2007 4.40pm

No comments: