Thursday, July 2, 2009

haram

di waktu ini
kita melihat tamak melingkar
diantara kau dan aku serta teman-teman lain.

mulanya dia tersenyum,
menampakkan warna putih suci yang malaikat
sampai jadi tak sedar yang dia nanti

datang berbisik
mengepung tangan dan langkah
menjerut leher
dan serkup hidung-mulut
sehingga pada satu saat yang genting
dia membunuh, tanpa mabuk.

tuan,
kau tak haramkan hal ini?
tak ada fatwa atau undang-undang yang mahu dibikin,
seperti banyak hal lain yang selalu kau kepohkan?

mengapa? kau dah bertukar Tuhan?
atau kau dah tak ada telor?
atau kau memang tak pernah ada telor?

hidup senang-lenang di atas keperitan orang lain,
hidup pura-pura untuk puaskan kekuasaan
temberang menipu tak tentu arah.

bangkai tak tau malu!

2 julai 2009
bangsar