Tuesday, August 4, 2009

melepasi sejuk

Aku belum menyentuh salji
ketika
kau tiba; rindu.

Merejang malam di pekan kecil Whangarei,
orang mencari syaitan.
mata telanjang menonton iblis menari.
malaikat samar-samar merentas tanpa lagu dan terus hilang.

cuma,
ada perkataan tak sengaja tersembur kedengaran.
Iblis terlepas cakap tetapi malang buat dirinya sendiri;
ketakutan tak tiba
hanya kesejukan perayau malam yang ditunggu
untuk dirasa dari balik cermin tanpa pemanas
dan nanti bersetubuh dengan angin malam yang rakus

Aku belum bersedia
untuk membiarkan roma menegak
hanya kerana kau disebelahku
tanpa anak mata
melingkar dari bawah sarung
Menyelinap mencabul kewarasan
dan keiinginan untuk bersendiri

pergi jauh-jauh
di bawah kotak tv ini tak ada
saudaramu yang tertinggal.

Dinginku adalah rohmu yang terlepas dan hinggap menemani malamku
dibucu katil. Sebelum tubuhku menggeletar.


5 jun 2009
Whangarei,NZ-Kuala Lumpur

No comments: