Monday, May 21, 2007

dalam utopia warna pelangi

-- meraung jiwa dari dalam --

warna-warna
pelangi
mengasyikkan
semua itu indah-indah

begitulah melayu
melayu perlu kurang ajar
ajar melayu lain
yang hidup dalam hedonisme warna pelangi

khayal utopia yang tidak wujud
jauh… tersangat jauh untuk digapai
boleh ke sana
tapi bukan dengan cakap-cakap
bukan dengan ilmu khayal otak stim terbius

dihampar warna sepia syahdu alam lain
bumi dipijak hari-hari… masih lagi di situ
langit masih mendung
tunggu hujan – tunggu ribut – tunggu taufan

tapi melayu tak sedar
masih seronok
hidup bertatah emas dan berak bercicir
mengilai ketawa lupa diri
kumpul harta – tak mahu mati
yang lain peduli apa
biar mati – pergi mampus

ahhh…
cukup yang indah
cukup warna pelangi bertujuh
jatuh ke bumi kembali… sebelum terhempas kebumi
melayar mata hati
toleh pelusuk kabut

hulur tangan bersih jiwa
ingat mati

tiada lagi hedonis
tiada lagi pelangi
tiada angan utopia
takut nanti tersembam
menyembah bumi
dalam keadaan paling aib – seluruh bangsa

sial kau!
berhenti khayal utopia warna pelangi itu…

11.35pm – 9 mei 2007@pd

No comments: