Friday, May 11, 2007

kepul asap hangus

aku di pekan pangkor
menghirup bau hangit
memandang kayu arang
mata gatal kena asap

- semalam pangkor terbakar –

satu hari selepas
orang masih ramai berkerumun
dalam ralit – tidak percaya
merenung sumber rezeki
deretan rumah kedai

semua sudah hangus
semuanya jadi; 4 mei pukul tiga pagi

roboh
hampir satu deretan sudah roboh
khabar angin
ekonomi pulau pangkor lumpuh
tapi orangnya masih seperti biasa
bergelak tawa tersenyum sengih

ada yang selongkar
mencari barang yang elok lagi
sarung tangan – serkup hidung
meredah bekas-bekas bara api

mencari apa yang hilang
moga bukan nyawa
sesak paru-paruku
duduk menghadap tempat tragedi
di bawah papan tanda ‘Bank Pertanian Malaysia’

hari makin gelap
orang ramai lalu lalang – tak usai
aku mahu pulang

+ abadi pangkor dalam kenang-kenangan +

7.25pm - 5/5/07 - pangkor

No comments: