Monday, June 4, 2007

alamarah

semalam dia menangis
terkejut
fahamku… itu tanda protes
tentang hubungan yang sukar dinilai

habis ribut
taufan
pintu terhempas
bangunan bergoncang

tika aku tunggang tengahari esoknya
dia mengadu lagi
fahamku… kami sudah tidak prihatin

dia tenang mulanya
bertukar murung
tak lama

terus menangis lagi – ribut ribut

- aku basah –

senyum bulan tidak lagi bermadu
malam-malam hangat
panas sangat
memanjang
hidung tersumbat

aku berdialog dengan dia
dia kata
dia nak bunuh aku
dia nak telan aku dalam perut
biar ditelan hidup-hidup
mampus

aku tanya… kenapa?
“kau tak mahu pedulikan aku…”
“yang kau tahu ; duit-pangkat-harta-sorga khayalan…”

pesannya lagi –
elok kau belajar korek lubang kubur sendiri
mulai sekarang
kerna akan ku libas kau
dengan isi-isi dunia sekali

ikrar: kita bertempur!
kuasa kau lawan kuasa aku

- 6.05pm, quensbay mall-p.pinang, 19 mei 2007

No comments: