Friday, June 1, 2007

nyawa-nyawa sesak

[i]
kepada pemimpin
aku katakan; terima kasih

terima kasih kerana menyesakkan lagi
hidungku dengan habuk-habuk
besar tanah merah

[ii]
ada orang datang
bawa jentera-mesin besar
korek sana
tebuk sini
suka ria

besi cerucuk dipasak dalam-dalam
nyawa mengulupur


terseksa emosi
anak-anak kecil
--- nanti bila besar jadi pelesit

“ini projek dua tahun…”
dua tahun untuk bersesak-sesak
dua tahun untuk tumbuk
dua tahun untuk sumpah seranah
dua tahun untuk
--- buat suka hati kau

hidup aku bagaimana?

[iii]
aku bukan tinggal dirumah agam
aku tidak berkatil
tiada pendingin hawa
harta tidak banyak
- macam kau-

jadi kenapa mahu susahkan lagi aku?

sebab itu
bagi kau… perlekehkan saja
lakukan sesuka hati
bunuh pun bukan masalah
tiada siapa yang kesah

tapi kau terlupa
orang-orang sepertiku
--- ramai

pikul dosa habuan duit mega
persetankan yang lain

[iv]

pada kau
kami sedar
kami cuma
sampah

nyawa bagaikan
kertas surat khabar

hidup bagaikan
kain buruk

yang dipakai untuk
mengesat peluh
dan
menambah harta haram

- 9.46pm, 28 mei 2007, pantai dalam

No comments: