Saturday, June 30, 2007

teh tarik

Teh tarik
Tak kira panas terik
Tak kisah panas bila tercekik
Tak kisah sejuk bila lama merepek

Teh tarik
Perasan cerdik
Tak berhenti bercakap macam cengkerik
Penangan teh tarik
Tak kisah tiada ongkos dalam kocek

Teh tarik
Bergelas-gelas sama secerek
Ketawa melekik-lekik
Akal tetap pendek
Jum minum teh tarik

p/s: Ini Raja yang tulis. Ramai yang tanya maksud - boleh tolong explain Raja?

1 comment:

Anonymous said...

Aku tak tahu la macam mana nak explain sebab aku ni buta sastera. Hahaha, Nak kata lebih kepada berfikir secara kretif, ntah apa maksud kretif pun aku tak tahu.

Kiranya apa yang aku karang ni hanya macam gurauan spontan. Sebab sahabat aku ni dia tulis pasal teh ais, jadi aku sengaja ajuk menggunakan subjek teh tarik (mungkin sebab aku suka teh tarik).

Tapi yang pasti apa yang aku nak terangkan secara pemahaman 'syok sendiri ni' atas dua asas, iaitu secara fizikalnya baris-baris ungkapan suma hujung dia berakhir dengah huruf 'k'. Seingat aku, masa belajar sekolah rendah, teori syair kut, hujung mesti sama. So kalau nak baca tu kena la berlagu, hehehe.

Aku nak kaitkan dengan kehidupan kita. Macam mana kita nak berbuat sesuatu dengan satu kekangan. Apa kata setiap ucapan kita kena berakhir dengan bunyi yang sama. Boleh tak kita lakukan perkara seperti itu. Macam orang dulu. Kadar pantun dalam ucapan seharian, silap-silap 90 peratus berpantun, haha.

Bagi aku hidup kita ni memang terikat. Kalau orang-orang dulu tu, mereka saja-saja susahkan diri. Tapi kita sebagai manusia memang terikat. Contohnya bila kita berjalan. Setiap langkah berpijak pada bumi. Terikat dengan graviti. Sebenarnya kita mahir dengan perkara yang mengikat kita. Benda yang susah ialah perkara yang tak mengikat kita.

Asas kedua ialah aku bercerita berkenaan diri aku sendiri. Aku ni kaki lepak kedai kopi satu ketika dahulu.

Teh tarik
Tak kira panas terik
Tak kisah panas bila tercekik
Tak kisah sejuk bila lama merepek

Teh tarik ni aku boleh minum waktu tengah hari. Bila makan dan kemudian tercekik aku masih mampu tahan panas teh tarik tu dan bila tekak dah kering bila lama berborak, teh tarik yang dah sejuk tuh masih rasa sedap.

Kiranya aku ni tahan lasak sebenarnya, tahan ketika waktu terdesak dan tak banyak songeh sebenarnya.

Teh tarik
Perasan cerdik
Tak berhenti bercakap macam cengkerik
Penangan teh tarik
Tak kisah tiada ongkos dalam kocek

Aku juga rasa aku cerdik, lagi-lagi bila aku tengah membebel (sapa TIDAK MERASAKAN dia pandai bila cakap laju-laju, sila angkat punngu mu dari kerusi dan berambus dari terus membaca komen aku seterusnya). Aku juga teringat masa aku lepak ngan Wen (sahabat akrab aku ketika zaman bujang dulu). Masa tu, tak ada duit, sanggup pinjam dua tiga ringgit, sebab nak pi lepak kedai mamak, layan teh tarik sambil bergebang, hehehe macam gampang.

Teh tarik
Bergelas-gelas sama secerek
Ketawa melekik-lekik
Akal tetap pendek
Jum minum teh tarik

Ni mengingatkan aku bila ada duit lebih sikit, minum tak ingat2 sampai senak perut oo. Sambil minum sambil berborak kosong. Ketawa tak ingat dunia melayan sahabat ku yang suma ada bakat jadi badut peribadi. Akhir sekali, aku merumuskan apa yang aku buat sebenarnya bukan tindakan yang bijak. Tapi nak buat macam mana, benda yang seronok camni mana ada guna akal yang panjang. hehe.

Tanya la dalam diri masing-masing. Kenapa kita lepak kedai makan, borak siang malam.

Selamat kepada kalian...

En RajOO