Sunday, December 9, 2007

kelmarin

kelmarin
dia pergi jauh
betul; ini kali pergi terus - tak balik

dalam kesakitan payudara
dengan faraj yang dirobek sebelumnya
dia memang mahu mati
dipanjatnya tembok titi gantung
menyerah diri pada takdir - menyalahkan Tuhan
terjun
jatuh
bersepai badan munggil

meriah syaitan meraikan daging baru
untuk dibakar bersama mereka
anak didik manusia yang lemah jatuh lagi dalam tangan-tangan kotor penuh darah-nanah-nista

ada akal yang lemah
menelan akibat kebodohan
gagal memegang diri

pergilah kau - mati
kerna itu saja yang kau tahu dan mahu
dan kalaupun hidup
kau umpama bangkai busuk
kerna akal mu lebih dulu mati - lama dulu

bangsar utama
9 disember

No comments: