Wednesday, April 15, 2009

kebas di-atas katil

Tuhan,
Pagi ini aku tak bingkas bangun.
Apa yang berlaku?

Aku sedar dalam terlentang atas katil
sambil mata tak kebil merejam siling.
Aku rasa keseorangan. Hati ngilu. Dan, dalam sebu itu aku tahu aku mencari.
Dalam adalah kekosongan, dalam adalah kesunyian.
Semua ini adalah luar biasa kerana aku waktu ini tak pernah meminta-minta untuk dihantar ke-sana.
Aku jadi tak faham waktu walau aku tahu Kau di-situ.
Tiba-tiba bayang orang merintih menangis terhampar di-sana.
Apa perlu kesakitan itu? Untuk orang-orang yang kecil seperti kami?

Dua jam aku terlantar kejang di-situ menyebut-nyebut nama-Mu.
Sepanjang itu juga aku merasa aneh, satu perasaan yang tak mampu diungkap.

Terlalu melankolik.
Terlalu sebak.
Terlalu tepu.
Terlalu kebas.
Terlalu kering.

Dan mata masih terpesona di lantai siling. Mulut masih menyebut nama-Mu Tuhan.



13 april 2009
p.d.

2 comments:

Unknown said...

salam,
nie 1st time gua go teroka blog nie,terbaca dlm kosmo semalam15/4.
Suatu pendekatan yg sngt baik,ini akan mencairkan lagi ilham jiwa.Hidup adalah suatu lakonan,dan kita nilah para pelakonnya.Didalamnya sarat dgn untaian fitrah kehidupan

Jelir said...

Ya2. tulisan-tulisan tak boleh jadi kosong. Kalau kosong, itu namanya aturan huruf saja.