Wednesday, June 20, 2007

teh ais

satu
teh ais
untuk aku berendam badan
di bawah hangat bahang
mentari semalam
yang belum lagi mahu
reda

teh ais
satu lagi
buat siapa saja yang mahu
turut sama menyelam dalam diri
mencari kutub beku
seperti dulu-dulu

lagi satu
teh ais
tolong
untuk aku terus bergelumang dalam
syahdu

ku nanti jua
hari mula mendung
angin mula menyapa
sejuk - sedikit
biar sekejap cuma

hirup lagi
teh ais

biar menjalar dalam corong-corong
biologika badan

hirup lagi
jangan risau kerana kau
tak kan
mabuk

19 jun 2007 – pak maiden, equine park – 4.05pm

1 comment:

Ayah C said...

Teh tarik

Teh tarik
Tak kira panas terik
Tak kisah panas bila tercekik
Tak kisah sejuk bila lama merepek

Teh tarik
Perasan cerdik
Tak berhenti bercakap macam cengkerik
Penangan teh tarik
Tak kisah tiada ongkos dalam kocek

Teh tarik
Bergelas-gelas sama secerek
Ketawa melekik-lekik
Akal tetap pendek
Jum minum teh tarik