Tuesday, February 3, 2009

babi politik

dari balik kornea mata yang tergeliat
raut orang-orang politik kita
dalam detik yang singkat
bertukar menjadi babi

berkepala besar dan berperut loroih
cukup sifat, sama macam babi yang betul-betul hodoh

tetapi

harus kita akur
mereka juga diciptakan tuhan

kasihan mereka yang memilih untuk menjadi babi dan tidak mampu (atau mahu) mempertimbangkan hal-hal yang lebih molek!

3 feb 2009
jalan riong

2 comments:

kamal sabran said...

aku suka puisi-puisi kau.
mari kita berkolaborasi.
secara online pon boleh !
mungkin kau rakam bacaan puisi then, email kan aku mp3nya.aku tambah le apa yang patut.

amacam?

Jelir said...

terbaik... nnt aku emel apa yang patut.