Wednesday, February 17, 2010

oh jakarta

Renungmu membawaku hanyut
di dalam rintih yang tidak lagi terpendam.
Kamu mengaduh sakit, tetapi masih cuba tersenyum.
Aku hanya mahu melingkar di antara perih-jerih
pejalan kaki yang perasaannya kacau-bilau.
Aku ingin dihinggapi diarrhea yang meracun
jasad bersama kamu yang masih menangis. (Dan benar, aku sudah mendapatkannya.)
Temanilah aku untuk seketika. Sebelum senja kali ini
berakhir dan aku terus pergi.


16 Februari 2010, Kuala Lumpur.