Wednesday, March 7, 2007

aku

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi

-Maret 1943

**Sajak ini dulu pernah menggegar tanah Indonesia semasa zaman pendudukan - Jepun barangkali. Dengan sajak ini jugalah aku mula kenal nama Chairil Anwar, yang matinya pada usia 27 kalau tak silap. Sajak menggoncang sebegini amat jarang-jarang ditemui. Tanah Melayu juga ada Usman Awang atau Tongkat Warrant yang juga menggegar! Dalam ingatan Chairil, bersua di lain waktu...

komunis

pada kau komunis
aku tabik
kerna perjuangan kau
benar-benar terkesan
di lubuk hatiku

bukan kerna ideologi
tetapi semangatmu semangat untuk menafikan
nafsu jiwa daripada menjadi anjing British
semangat itulah yang mengibarkan panji-panji mu

walaupun sejarah cuba digelapkan
segala apa yang terjadi juga
satu sumbangan sumbangan kepada negara ini
untuk berdiri bebas hari ini
daripada belenggu penjajahan

British takut betul dengan kamu
dulu pernah menjadi pakatan
akhirnya komunis digeruni

Tunku sendiri mengiktiraf bahawasanya
komunis itu faktor mendesak
bikin British ketar
lalu dibolehkan Tanah Melayu Merdeka!!!

dengan harapan
Tunku nanti
dan kerajaannya
bakal menjadi boneka
tapi itu tidak berlaku

komunis
pilih untuk angkat senjata
seawalnya

bukan untuk menentang pemimpin tempatan lain
tetapi hati keras itu enggan berkompromi
walau seinci apa pun jua
dengan British

Talibarut-Barua-Dalang-Talam dua muka-anjing

B R I T I S H!!!

komunis
mendukung maruah perjuangan bangsa berdaulat
walaupun melalui kekerasan

itu kerna
keadaan waktu itu yang mendesak
bukannya suka-suka
semua itu pantulan semangat
pancaran kebebasan dari cengkaman

- 28 Februari 2007, pejabat-pj

malam masih mahu menyanyi

Beralun sepoi-sepoi angin
Menjalar dalam sunyi
Malam yang mati

Lampu neon masih bernyala
Mahu temani malam kelam
Biar ada sedikit yang menerangi

Bila gelap berlabuh
Semua biasa perlahan
Senyap-senyap terus lenyap

Tapi malam
Dia juga mahu berkawan
Kawan yang baik-baik

Sirna dalam kegelapan itu mahu dialihkan
Mahu diganti dengan yang indah-indah
Jangan ada onar yang mengotori

Tapi malam
Tiada berjumpa kesunyian
Kerna tetap saja ada mengganggu

Malam mahu berteman
Malam mahu berjaga
Malam masih mahu menyanyi

Siapa yang mendengarkannya?

- 7 Maret 2007 1.06pg – pantai dalam