Wednesday, August 22, 2007

hisap cerut cuba sama fidel castro

semalam
aku hisap cerut Cuba
sama fidel castro
atas katil
tempat dia terlantar

dan
langit
malam tadi
cerah
terang - benderang
dengan warna bunga api

sempena
sambutan usia fidel
yang ke 81

fidel castro - revolting spirit - jerit slogan dalam khayal aku

----------------
22 ogos 2007,
pejabat baru,
bangsar -
4.26pm

Thursday, August 16, 2007

mana mungkin

barangkali
tidak lagi
di sini
dan
di mana-mana

tak mungkin lagi


2.35 a.m
15/07/07
LCCT

sarong

--(ni)--
aku terasa benar-benar
beriman kepada sang pencipta itu
bila melihat kau

dalam baju kebaya
bertumit tinggi
berkain sarong
dan memang kau

1.16 am
15/07/07
Nilai, Negeri Sembilan

katherine

katherine
kita tak pernah bercinta
malam itu
di bawah pohon ceri
aku tak sengaja
aku minta maaf

bukan niatku untuk
membuka

bukan niatku untuk
melondehkan

bukan niatku untuk
meraba


membuka: cerita lama
melondehkan: jiwa kontang
meraba: kocek ku untuk ku keluarkan secebis kertas yang tertulis


"kita tak pernah bercinta"

10.42 pm
12/07/07
Jln Telawi, Bangsar

Wednesday, August 15, 2007

persatuan wanita anti-lelaki curang

"ini dialog"

kau
kalau dah kahwin
jangan nak menggatal
dengan perempuan lain

kalau
aku nampak kau
dengan perempuan lain
walau cuma
duduk di kafe
aku akan
telifon isteri kau
dan bagi tahu dia
yang kau sedang bercanda
dengan janda anak dua
sambil
gelak mengekek

aku buat macam ini
sebab umur aku
dah jengah angka 36
dan aku tak laku
tak siapa nak kahwin aku
lagi
kau tahu!

semua ini sebab
lelaki-lelaki macam kau
sial

*****
eh, bukan kau tak kahwin
sebab kau sendiri ke?
dah lah tak lawa
perangai mengalahkan binatang binawe
tak sayang mulut
celupar
sebar fitnah

siapa yang nak
dengan perempuan macam kau?
bahlol!

sebab itu kau aktif dalam persatuan yang kau panggil
'persatuan wanita anti-lelaki curang'

-3.29pm, NSTP Bangsar - 15 Ogos 2007

Thursday, August 2, 2007

racistism stim

racistism stim

ini
mesej
dari
seorang
teman

mesej
yang
satu lagi
sebelum itu
berbunyi

"stim nih"

Wednesday, August 1, 2007

suci juta-juta

andai aku laksana
halimunan
akan ku selinap

di bawah purnama
malam gelap
kau hulurkan tanganmu

**juta-juta - hilang entah ke mana

akulah yang merasa
sungguh jelek
meratap sialanmu

duit kau yang suci
tak berbekas
sampai mati tak habis

**juta-juta hilang entah ke mana
**juta-juta masuk poket siapa
--------------------------------

koperat keparat
keliling rasuah
bercanda dikolam - bogel
--------------------------------

gila nama
gila kuasa
cinta dunia
takut mati


* ini lirik lagu baru pax de parma

-1 ogos 2007
jln riong
bangsar
10.11pm

seloka syahwat gelap

tatkala malam gelap menyapa
kau dan aku
di tepi lebuhraya

menuju akhir yang menipu ilusi
ketika syahwat datang memukau
dan ketika akal semakin hilang mujarab
dada mula bergejolak gelora

digaris-garisan hujung yang hampir terbabas itu

iman datang
selamatkan
kau dan aku

aku teruji lagi
dan aku rasakan

iman itu
memeluk aku
akrab
seperti
pernah
aku
memeluk kau
erat
dulu


- 1 ogos 2007,
bangsar,
9.50pm

slapen

negeri ini dipimpin oleh kesatuan melayu jantan bacul
yang kerjanya hanya melancap kemaluan rakyat lelaki dan
perempuan

bini mereka sentiasa telanjang

negeri ini di huni oleh rakyat yang tidur letih nikmat
kerana menteri mereka perintahkan begitu

mereka taat

menang-menang

(sajak ini dipetik dari laman AbdullahJonesDua.blogspot.com)
**selamat menyambut hari mengundi buat ke sekian kalinya sahabat-sahabat ku.

serpih hiris

kekaseh
- atau -
bakal-bakal kekaseh

nanti
kalau kau ingin pergi
selamanya
- terus lari dari ku -

ambil dulu
bilah pisau
hiris hatiku
biar lengis
dan
kalau kau mahu
cincang sampai lumat

kerana

bila kau tak lagi disisi
aku tak perlukan hati lagi
aku tak mahu ada hati lagi
kerana hati aku itu
hanya ada pada kau

- kekaseh-kekaseh -

renggutlah ia
campaklah ia
henyaklah ia

buat apa yang kau suka
aku tak kesah
dan
aku tak marah

- bangsar utama 22 julai 2007 4.40pm

apa yang kau nampak padaku

bila mata hati mula melihat
mulut tak akan berkata lagi
(ni)

- 1 ogos 2007, jln. riong, bangsar. (pesanan ringkas pada talifon) 7.32pm

dibelakangku

dibelakangku
ada tiga tahun
mungkin juga hampir empat tahun
aku tak tahu

tapi tahun-tahun itu kini aku rasakan kosong

bagaimana aku mahu meninggalkan itu?

didepanku
ada lapan tahun
dulu
cerita lama yang aku saja tahu

tapi tahun-tahun ini aku rasakan penuh

bagaimana aku patut berhadapan dengannya?

tuhan
bantu aku
beri aku kekuatan dan pedoman
untuk memilih - barangkali
aku tidak mampu untuk
menyimpan kedua-duanya
kerana aku tahu
diri ini terlalu banyak khilafnya

yakinkan aku yang dia bukan untukku
yakinkan aku yang dia sepatutnya mahu bersamaku

tunjukkan aku yang mana sepatutnya ada menemaniku

aku
pilu
bila
aku
tahu
aku
hilang

padamkan saja aku dari dunia biar tak ada yang akan menangis

- 1 ogos 2007, jln. riong, bangsar.