Thursday, July 12, 2007

sajak-sajak hilang di kg. kuala perdik

(S.S.H.K.K.P)

I

(ni)
dalam hujan lebat
mencurah
aku mencari
kau

igau aku
siang itu
mengelamun dalam kereta
melilau mata
memerhati

dan bila aku lihat
kau melambai
di bawah lindungan
payung
dengan kain
batik
tersarung
aku tersenyum
kerna itu saja yang termampu dariku

dan dari kau
rambutan
manggis
pulasan
durian
laksa

sedap betul
terima kasih
(ni)

Monday, July 2, 2007

iman… di mana?

iman… kau di mana?
puas dijejaki kamu
kerap aku tersadai dipersimpangan

simpang tiga
simpang empat
simpang siur
kau tetap tak kejumpaan… iman?

kau di dalam bukukah?
atau di dalam ngomelan ustaz-ustaz sejuk beku?

yang pasti
aku sentiasa rasa yang kau
sangat hampir


mungkin
kerna titik-titik dosa hitam dalam hati
aku tidak dapat melihatmu
aku tidak dapat menggenggammu
seperti mereka
betulkah begitu?

atau
aku ditipu
oleh mereka-mereka yang khabarnya memelihara kau
yang katanya
memiliki kau secara mutlak
suka hati mahu diagihkan
cara yang bagaimana

dengan akal aku jelajah
dengan ilmu yang sedikit itu
aku anjakkan
agar sampai maksudku
untuk mengenalimu

iman… di manakah kau?
mengapa kau terkepung
oleh lidah-lidah yang berbelit?
yang lagaknya seperti kau itu miliknya – orang lain tiada hak

aku
bila melihat langit biru
menyanyi berlagu
memandang perempuan gebu
merenung teguh reka bangunan
akan terpukau
terasa sangat-sangat erat dengan
iman

tapi
di masa yang kebanyakkan
bila disergah pe’el manusia
luluh hatiku
yang sarat dengan makna iman itu
aku lemas
aku sesat


bangsar utama
1 julai 2007
5.00pm

Sunday, July 1, 2007

sajak murai becok (dari pintu SK selatan)

kau
handal betul
bercakap – membebel – merepek
becok

tapi (i)
kerisauan ku ada satu
kau bercakap kosong
otak kontang
ilmu ada… tapi satu

tapi (ii)
bila bercakap
umpama ilmu beribu
dengar sana dengar sini
hafalan
kemudian
dihamburkan semuanya kembali
ketika kita duduk
bersemuka

bangsar utama
1 julai 2007
4.43pm