Tuesday, April 1, 2008

dunia sudah tak mahu tenang

dunia sudah tak mahu tenang
kerana manusia sudah menjadi
lebih gelojoh dari binatang

lebih hodoh dari bontot kaldai

-mac 2008

Wednesday, March 5, 2008

tinta khianat

syaitan... cukup!
aku muak untuk lemas dalam godaan
aku penat mencari erti berdamping
dengan hati yang makin gelap
sampai terhantuk ego legap

aku sudah merasa sendiri
janji kau yang molek-molek
mengajak untuk berkhianat pada diri sendiri
mengajar untuk aku merasa lelah yang panjang

aku mahu kembali menjadi manusia
yang hilang topeng alas
dengan membuang kau jauh-jauh

bayang kau - kalau mahu - biar saja
dipinggiran jasad ini
tapi aku ingkar mahu menurut kata-kata yang akan kau bisikkan lagi
pada telinga

aku pernah merasa dulu
dan kini aku tak mahu lagi
aku lelah
aku mahu kembali kepada
fitrahnya seorang hamba

selamat tinggal
syaitan - yang bertenggek di cuping telinga

5 mac 2008, bangsar.

Tuesday, February 5, 2008

dia membasuh luka hati dengan alkohol

hati kamu luka teruk - Trisya Intan –
melaknat hidup dunia dengan nista bibir merah kamu yang merekah
yang dulunya selalu mencumbui bibir-bibir kesat gersang koyak
di bilik tidur mewah kamu

hati kamu luka kerna ditoreh oleh lidah-lidah syaitan yang dibiar masuk bermain dengan lidah kamu yang tanpa sedar
membenam bisa nikmat sampai ke hulu hati
dan nanti kembang bengkak tak tertahan lagi menahan lara dunia
semakin membeban mahu pecah

pesan tukang rawat dihujung katil sebelah sana – yang baru-baru ini saja datang melawat – "belah dada kamu
dan basuh luka merah membuak-buak itu dengan
alkohol"

-5 Februari 2008