Thursday, May 31, 2007

ruang apung otak kosong

[i]
di ruang yang sebu
aku terkenang
pada kasih yang selalu sampai

dan pabila
otak tidak diisi
penuh dengan najis syaitan

memancut-mancut darah hitam dari kepala yang putus
bercerai dari badan

khayal aku biasa
terapung
di alam yang tiada mula
atau akhir

kosong otak
bius akal
hangguk

bodoh!

[ii]
di ruang yang ada - terbiar
aku sepi
dihurung
makhluk-makhluk bersayap
mahu merobek dada dan tembok fikirku

“kau akan dihumban ke lembah kehancuran!”

aku pilih untuk tidak mengikut kata itu
lawan

aku mahu mengisi
benak akal yang terapung
biar disuluh dengan cahaya
cerah – bertapak kemudiannya

satu lagi soal menanti
bagaimana dengan keliling ku?

kali ini
pilihan bukan lagi ditangan aku
semua di atas pilihan mereka sendiri

31 may 2007 - 1.00pm - petaling jaya

Tuesday, May 22, 2007

sajak untuk abdullah jones

bogelkan jiwa kau Abdullah Jones
londehkan selera pena kau
lucutkan seluar dalam bahasa kau
kerana dengan itu nanti kau akan dapat menampar
sesiapa saja yang masih bermimpi..

layar… kalau karam, kita berenang nanti…
sampai berpinau mata - mati lemas
di ketika itu
baru kau gantung pena dan khayal kau…
biar ia larut di alam yang mununggu waktu
untuk ditamatkan riwayatnya

-pantai dalam, 22 mei 2007@11.37pm

Monday, May 21, 2007

dalam utopia warna pelangi

-- meraung jiwa dari dalam --

warna-warna
pelangi
mengasyikkan
semua itu indah-indah

begitulah melayu
melayu perlu kurang ajar
ajar melayu lain
yang hidup dalam hedonisme warna pelangi

khayal utopia yang tidak wujud
jauh… tersangat jauh untuk digapai
boleh ke sana
tapi bukan dengan cakap-cakap
bukan dengan ilmu khayal otak stim terbius

dihampar warna sepia syahdu alam lain
bumi dipijak hari-hari… masih lagi di situ
langit masih mendung
tunggu hujan – tunggu ribut – tunggu taufan

tapi melayu tak sedar
masih seronok
hidup bertatah emas dan berak bercicir
mengilai ketawa lupa diri
kumpul harta – tak mahu mati
yang lain peduli apa
biar mati – pergi mampus

ahhh…
cukup yang indah
cukup warna pelangi bertujuh
jatuh ke bumi kembali… sebelum terhempas kebumi
melayar mata hati
toleh pelusuk kabut

hulur tangan bersih jiwa
ingat mati

tiada lagi hedonis
tiada lagi pelangi
tiada angan utopia
takut nanti tersembam
menyembah bumi
dalam keadaan paling aib – seluruh bangsa

sial kau!
berhenti khayal utopia warna pelangi itu…

11.35pm – 9 mei 2007@pd