Monday, July 7, 2008

ruwet Kusut

ada waktunya kita akan dipaksa
untuk berdepan dengan
kegelojohan dan ketololan
manusia

dalam lingkar ruang yang rumit
pantas untuk tidak mudah difahami
dan kita ditinggal terkapai-kapai
dinafikan semua
yang sepatutnya kita juga
ada keperluan untuk mengetahui

kata cinta pada mereka
tak lagi wujud
rakus, lekas menghalalkan saja semua

jangan bicara soal kasih sesama manusia dengan mereka
kerana mereka tak akan faham
mereka telah jadi kerak yang hangit dan terus bebal angkuh

dalam kalut paling getir
mereka menjual Tuhan
mereka membeli agama dengan pena dan suara dalam televisyen
untuk imajinasi ralat
seperti tiada apa yang tak kena

Tuhan duduk disamping mereka katanya
bukan lagi seperti hukum yang termaktub bahawa;
Tuhan duduk di atas kita semua

klaim suci sudah jadi semacam parit dilorong-lorong belakang
hanyir
tapi pada mereka
semua itu halal
dan kita adalah haram!

6 julai 2008

Friday, June 27, 2008

celah mulus

padanya
tempat yang mulus-mulus terletak
terpampang luas bidang yang bila setiap kali didekati
selalu membawa resah datang
dengan degup yang tak lagi sama

dari pinggir-pinggir dinding anjal
tertimbus keasyikkan
mengugah ketenangan dalam sunyi
dari sentuhan basah pada aras kesyahduan

kelembutan, kekenyalan, keributan, kemulusan

angkara itu hati
seperti tak akan pernah bertemu nyawa
yang selalu hilang pada labirin pejal

ada rimbunan
tersembunyi sejemput bubut
kabut dalam suam-suam panas
antara seksa dan gelisah
ditengah ombak dan rintih keras manja

benjol mana
larat menahan gejolak?
merembes tetes merata
sudahnya harus hirup untuk dirasai

tapi oleh siapa?

27 jun 2008

Saturday, June 7, 2008

nota untuk pak menteri

mari
pak menteri
yb-yb
pemimpin-pemimpin kelas atas (konon)

jual kereta BMW dan Mercedes-Benz kamu
lelong segala semua yang mewah-mewah milik kamu
ikut kami yang di bawah ini
kamu nampak kami teruk terhimpit sekarang?

pergi mampus dengan ‘gaya hidup’ kamu
kami sudah lama dengan gaya macam itu
tapi kamu?

sial kamu kalau masih ada orang merempat di negeri ini
sedangkan kamu senang sekali bergeli-beli atas katil mewah bilik sejuk
yang tertera cop ‘Hak Milik Kerajaan Malaysia’

haram duit elaun dan apa-apa saja yang kamu panggil duit itu – yang jumlahnuya puluh-puluh ribu yang masuk akaun tiap-tiap hujung bulan - sedangkan kami jenuh berikat perut kira duit kononnya untuk berjimat cermat
tapi itu semua tak pernah cukup untuk jadi manusia di negeri merdeka ini
kamu faham itu?

esok
mari kita sama-sama naik bas

pergi pejabat
kita tengok siapa dulu yang menyumpah
“pukimak punya bas, dah berjam-jam aku tunggu tak sampai-sampai lagi”

kami tak kesah, kami dah biasa

kita dalam darjat yang jauh beza
macam mana kamu kata kamu nak memimpin
kalau resah kami kamu tak faham?
susah kami kamu tak rasa sendiri?

hipokrit!
ubah gaya hidup kamu kata?
nak ubah macam mana lagi?

hari-hari kamu makan ‘catering’ mewah dengan ayam goreng sedap
kami di suruh tanam sayur sendiri?

tak payah buat-buat simpati
terjun sama kalau berani
cakap banyak apa barang!

“pergi jahanam sama retorika kamu!”

- 5 jun 2008, flora damansara