Antara sedar dan samar, aku fikir dihujung bilik itu ada syaitan yang sedang duduk termenung dan memegang sebelah tanduknya yang patah. Dengan mata merah dan bahang panas api nyala, dia mahu mengenal tuhan. Dia menunggu roh berterbangan untuk hinggap beberapa ketika pada jasad yang ditinggalkan itu. Dengan separa kesedaran tak menyempat, dia menghimpit dari depan, bawah dan belakang, menghumban keberadaan ingatan ke daerah psyche yang dipeluk gelisah – dengan tawa dan dengung suara meminta tolong. Pasti tak didengari. Di segi empat ranjang itu, bergemerincing degup jantung jatuh ke tangan kotornya yang baru siap bersenggama dengan roh berterbangan yang sesat, mencari rumah baru – diketahui kemudiannya ruang mereka juga makin sempit dikepit kangkang orang-orang kecewa. Hanya rasa ngilu menemani, dari malam dibawa ke pagi. Selamat malam, syaitan. Lekas pergi, sebelum langsir dijatuhkan di antara kita.
-HH, 25 Disember 2009.
Monday, December 28, 2009
Friday, December 25, 2009
P
(Buat mereka yang dimulakan dengan huruf P,
yang kerap datang mengganggu dalam mimpi.)
Tubuhmu kulihat ringan melayang
Terlalu kempis untuk dirangkul
Lalu, di mana harus aku
sangkutkan cinta?
Kepada pelukanmu aku tenggelam
Kepada hangat tubuhmu aku tersisa
Tetapi, kepada redup matamu aku tak rela.
Jangan merenung aku begitu lagi,
kerana itu hanya akan merosakkan dirimu.
Biar hanya aku yang ketakutan
melihat mayat malam
yang kau perkosa
dan rentungkan
di belakangku.
Tidurlah sayang, tutup matamu.
Aku tetap akan bertemankan
bayangmu yang tak jauh itu.
Untuk malam-malam yang masih hidup,
aku akan menantimu di bawah tiang lampu itu lagi.
Selamat muncul kembali untuk bercinta,
Pontianak-ku.
-HH, 25 Disember 2009.
yang kerap datang mengganggu dalam mimpi.)
Tubuhmu kulihat ringan melayang
Terlalu kempis untuk dirangkul
Lalu, di mana harus aku
sangkutkan cinta?
Kepada pelukanmu aku tenggelam
Kepada hangat tubuhmu aku tersisa
Tetapi, kepada redup matamu aku tak rela.
Jangan merenung aku begitu lagi,
kerana itu hanya akan merosakkan dirimu.
Biar hanya aku yang ketakutan
melihat mayat malam
yang kau perkosa
dan rentungkan
di belakangku.
Tidurlah sayang, tutup matamu.
Aku tetap akan bertemankan
bayangmu yang tak jauh itu.
Untuk malam-malam yang masih hidup,
aku akan menantimu di bawah tiang lampu itu lagi.
Selamat muncul kembali untuk bercinta,
Pontianak-ku.
-HH, 25 Disember 2009.
Friday, December 4, 2009
ruang
Masing-masing mereka menghempaskan diri pada dunia yang berbeza, walau matahari mula muncul dengan senyum atau kemuncungan. Keras, hiba, membosankan dan kecewa sering menghuni sama dunia itu. Separuh nyawa telah hilang di dalam sela waktu berasingan itu. Kemudian, bila senja tiba dan menggoda malam, mereka akan kembali ke ruang yang satu ini; rumah yang menjadi tempat pertemuan setia dan tanpa jemu. Di ruang ini, walau tak seberapa, mereka kerap bahagia membelai dan berkucupan disepanjang rentang malam tanpa sesal. Sesekali bertengkar, pastinya. Cinta di ruang terapung yang menemukan dan kerap juga memisahkan rasa dan nyawa.
- HH, 3 Disember 2009.
- HH, 3 Disember 2009.
Subscribe to:
Posts (Atom)