Monday, December 28, 2009

reposisi subliminal

Antara sedar dan samar, aku fikir dihujung bilik itu ada syaitan yang sedang duduk termenung dan memegang sebelah tanduknya yang patah. Dengan mata merah dan bahang panas api nyala, dia mahu mengenal tuhan. Dia menunggu roh berterbangan untuk hinggap beberapa ketika pada jasad yang ditinggalkan itu. Dengan separa kesedaran tak menyempat, dia menghimpit dari depan, bawah dan belakang, menghumban keberadaan ingatan ke daerah psyche yang dipeluk gelisah – dengan tawa dan dengung suara meminta tolong. Pasti tak didengari. Di segi empat ranjang itu, bergemerincing degup jantung jatuh ke tangan kotornya yang baru siap bersenggama dengan roh berterbangan yang sesat, mencari rumah baru – diketahui kemudiannya ruang mereka juga makin sempit dikepit kangkang orang-orang kecewa. Hanya rasa ngilu menemani, dari malam dibawa ke pagi. Selamat malam, syaitan. Lekas pergi, sebelum langsir dijatuhkan di antara kita.



-HH, 25 Disember 2009.

No comments: