tatkala malam gelap menyapa
kau dan aku
di tepi lebuhraya
menuju akhir yang menipu ilusi
ketika syahwat datang memukau
dan ketika akal semakin hilang mujarab
dada mula bergejolak gelora
digaris-garisan hujung yang hampir terbabas itu
iman datang
selamatkan
kau dan aku
aku teruji lagi
dan aku rasakan
iman itu
memeluk aku
akrab
seperti
pernah
aku
memeluk kau
erat
dulu
- 1 ogos 2007,
bangsar,
9.50pm
No comments:
Post a Comment