Wednesday, August 1, 2007

dibelakangku

dibelakangku
ada tiga tahun
mungkin juga hampir empat tahun
aku tak tahu

tapi tahun-tahun itu kini aku rasakan kosong

bagaimana aku mahu meninggalkan itu?

didepanku
ada lapan tahun
dulu
cerita lama yang aku saja tahu

tapi tahun-tahun ini aku rasakan penuh

bagaimana aku patut berhadapan dengannya?

tuhan
bantu aku
beri aku kekuatan dan pedoman
untuk memilih - barangkali
aku tidak mampu untuk
menyimpan kedua-duanya
kerana aku tahu
diri ini terlalu banyak khilafnya

yakinkan aku yang dia bukan untukku
yakinkan aku yang dia sepatutnya mahu bersamaku

tunjukkan aku yang mana sepatutnya ada menemaniku

aku
pilu
bila
aku
tahu
aku
hilang

padamkan saja aku dari dunia biar tak ada yang akan menangis

- 1 ogos 2007, jln. riong, bangsar.

No comments: